Kisah Kehidupan si Dia


Tuesday, May 10, 2011

Pertama kali dalam Hidupku....

10/5/2011 menjadi sejarah dalam hidupku...Inilah kali pertama dalam hidupku aku menyertai pertandingan ....walaupun aku agak gementar namun aku mampu untuk berdiri dikalayak orang ramai...Aku mampu untuk menyakinkan diri sendiri ...aku harap semoga aku boleh bangkit untuk terus maju dalam pertandingan yang seterusnya...aku mesti menjadi orang yang berani jika aku benar-benar ingin berjaya dalam hidup..."USAHA TANGGA KEJAYAAN"

Monday, April 25, 2011

ulum Al-Quran

Salam kawan-kawan.Ini just perkongsian dari buku yang saya baca.Hari ni saya belajar tentang ulum AlQuran. Perkataan ulum adalah jamak bagi ilmu. Ilmu pula membawa erti mengetahui dan memahami .Pengertian ilmu sebenarnya banyak lagi maksud..Ini semua mengikut pendapat masing-masing......

Friday, April 22, 2011

keterangan ayat 15 surah Al-Mulk

Jika kita perhatikan ayat ini , kita diseru supaya berjalan di muka bumi yang terbentang luas serta indah sekali . Hal ini bertujuan supaya kita berusaha mencari rezeki Allah.Sebab itu , kebanyakkan orang islam terdahulu gemar mengembara.Dalam masa yang sama mereka tidak lupa untuk menyampaikan dakwah islam...Semoga kita sama - sama dapat  berusaha untuk menjadi khalifah yang berguna dimuka bumi ini...Amin.....

Sunday, March 13, 2011

cuti bulan 3

Bestlah cuti kali tok..walaupun sik banyak yang stay,tapi aku tak sunyi gilak...sebab ada ada keja nak dibuat..ehehehe....assigment yang banyak...hari2 buat benda yang sama...mun sik pun...tido n makan...

Monday, February 7, 2011

Printer Baruku

Hari nie kuliah bermula lagi selepas cuti Tahun Baru Cina...Tapi awal-awal dah tak da mood...emmmm....sebenarnya aku masih risau pasal printer.Printer tu baru je beli 2 hari yang lepas..tiba-tiba buat hal pulak semalam..siapa tak risau..
Jadi bluer aku dibuatnya..kawan aku pun dah tak tahu nak buat apa..kawanku cuma cakap,"jangan kau risau,ok lah tu nanti"...aku hanya tersenyum....
"aku pun harap begitu, insya'Allah nanti ok lah tu kot,"...saja untuk tenangkan diri....
Lepas kuliah, aku cuba lihat aku punya printer balik...perkara yang sama berlaku...
"Macam mana nie," bisik hati kecilku...
Ada lah seorang nie,aku punya classmate...kalau bab baiki2 memang dia terer...try punya try akhirnya ok sudah aku punya printer...Ya Allah betapa gembiranya aku...tersenyum lebar dibuatnya....So,aku mesti jaga printer tu baik2...Thanks to all my freinds who always help me...and thanks to be my freind...............I love u all.....

Friday, February 4, 2011

My Frend And I

Sedang aku duduk di meja belajaku,tiba-tiba aku teringat kenangan bersama kawanku dulu...Biasalah masing-masing dah ada haluan sendiri, jadi memang lama dah tak jumpa..Adapun,kami chating di FB je...Tapi aku gembira akhirnya kawan-kawan ku sudah berjaya..Sewaktu disekolah menengah aku hanya ada dua teman rapat..Merekalah tempat aku bermanja...ada lah kawan lain,tapi biasa-biasa je...hehehe....Aku ada seorang kawan,namanya Shamin,sekarang dia dah bekerja...wa bestnya....tahniah my frend...Seorang lagi masih belajar di Kolej Cybernetics ambil paengajian syariah islamiah..aku bangga dengannya...aku plak????????????? jadi penulis kot...taklah....aku pergi merantau ditempat orang...belajar erti kehidupan...Semoga kita dapat berjumpa nanti...I love you my frends...............

Perjuangan Dalam Hidupku



S-Semangat yang kuat
T-
Tekun melaksanakan tugasan yang diberi

U-Usaha yang tinggi untuk mencapai sesuatu

D-Doa yang berterusan
Y-
Yakin pada diri


S-
Setiap sesuatu pasti ada hikmahnya
M- Masalah pasti ada penyelesaiannya
A-Antara percaya atau tidak
R-
Relaxkan hati kita

T-Terserahlah padaNya untuk memberi yang terbaik untuk kita

Sunday, January 23, 2011

Kisah Kehidupan si Dia

salam Muhibah


Kisah seorang remaja yang berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai kejayaan hidup demi mengubah corak kehidupannya,.Dia merupakan anak pertama daripada 9 adik-beradik.Dia hanya ingin melihat adik -adiknya membesar dengan ilmu yang ada. Walaupun dia seorang penuntut universiti namun dia tidak malu untuk berkerja sambilan di universiti itu sendiri sebagai seorang pemungut sampah..Baginya kerja itu lebih mulia daripada membiarkan ibu bapanya menanggung kesusahan..Setiap minggu,apabila dia tidak ada kuliah,dia akan merayau disekitar kolej untuk memungut sampah.Dia tidak kisah walaupun ada yang menghinanya.Walaupun dia terpaksa berkerja ,tetapi itu tidak sesekali menjejaskan pelajarannya. Malah dia merupakan pelajar paling cemerlang di universiti tersebut dan dia memegang jawatan esko tertinggi dalam Biro Keagamaan di situ. Dia cuma akan balik kerumah dua kali seminggu.Akan tetapi ,dia terpaksa menunggu van sapu untuk pulang kerumahnya.Walaupun jarak rumahnya tidak bergitu jauh dari rumahnya,namun bapanya tidak dapat mengambilnya kerana motosikal yang dipakai bapanya sudah lusuh,Kepulangannya disambut gembira oleh orang tuanya dan juga adik-beradiknya..Dia akan membawa buah tangan untuk keluarganya setiap kali dia balik.Dia dapat merasakan kegembiraan adik-adiknya apabila adiknya berlari mencapai barang yang dibawanya.Dan duit baki hasil kerjanya akan diberi kepada oarng tuanya.

Saturday, January 8, 2011

Kekayaan yang sebenar

  • Tiada harta tidak bererti miskin
  • Orang yang banyak harta tidak semestinya kaya disisi Allah
  • Orang yang kaya sebenarnya kaya dengan hati yang mulia
  • Hanya kekayaan jiwa yang mampu memberi ketenangan hidup untuk menghadapi masalah
  • Mereka yang berhati mulia Sentiasa bahagia biarpun tidak berharta
  • Biarpun mereka berharta ,maka merekalah orang yang paling beruntung
  • Orang mukmin yang sebenar adalah mereka yang melakukan kebajikan untuk kehidupan dunia dan akhirat

Monday, January 3, 2011

Rukun islam dan kesempurnaan akidah

  • akidah adalah asas dalam kehidupan islam
  • beriman bukan sahaja dibuktikan dengan hati dan kata-kata, tetapi perlu dibuktikan dengan perbuatan
  • pokok ibadah itu adalah rukun islam itu sendiri
  • apabila pokok itu terus dijaga ,maka nampak lah keindahan serta kesempurnanan insan tersebut.
  • ia perlulah dilakukan atas dasar penghambaan dan ketaatan kepada Allah