Kisah Kehidupan si Dia


Sunday, January 23, 2011

Kisah Kehidupan si Dia

salam Muhibah


Kisah seorang remaja yang berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai kejayaan hidup demi mengubah corak kehidupannya,.Dia merupakan anak pertama daripada 9 adik-beradik.Dia hanya ingin melihat adik -adiknya membesar dengan ilmu yang ada. Walaupun dia seorang penuntut universiti namun dia tidak malu untuk berkerja sambilan di universiti itu sendiri sebagai seorang pemungut sampah..Baginya kerja itu lebih mulia daripada membiarkan ibu bapanya menanggung kesusahan..Setiap minggu,apabila dia tidak ada kuliah,dia akan merayau disekitar kolej untuk memungut sampah.Dia tidak kisah walaupun ada yang menghinanya.Walaupun dia terpaksa berkerja ,tetapi itu tidak sesekali menjejaskan pelajarannya. Malah dia merupakan pelajar paling cemerlang di universiti tersebut dan dia memegang jawatan esko tertinggi dalam Biro Keagamaan di situ. Dia cuma akan balik kerumah dua kali seminggu.Akan tetapi ,dia terpaksa menunggu van sapu untuk pulang kerumahnya.Walaupun jarak rumahnya tidak bergitu jauh dari rumahnya,namun bapanya tidak dapat mengambilnya kerana motosikal yang dipakai bapanya sudah lusuh,Kepulangannya disambut gembira oleh orang tuanya dan juga adik-beradiknya..Dia akan membawa buah tangan untuk keluarganya setiap kali dia balik.Dia dapat merasakan kegembiraan adik-adiknya apabila adiknya berlari mencapai barang yang dibawanya.Dan duit baki hasil kerjanya akan diberi kepada oarng tuanya.