Kisah seorang remaja yang berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai kejayaan hidup demi mengubah corak kehidupannya,.Dia merupakan anak pertama daripada 9 adik-beradik.Dia hanya ingin melihat adik -adiknya membesar dengan ilmu yang ada. Walaupun dia seorang penuntut universiti namun dia tidak malu untuk berkerja sambilan di universiti itu sendiri sebagai seorang pemungut sampah..Baginya kerja itu lebih mulia daripada membiarkan ibu bapanya menanggung kesusahan..Setiap minggu,apabila dia tidak ada kuliah,dia akan merayau disekitar kolej untuk memungut sampah.Dia tidak kisah walaupun ada yang menghinanya.Walaupun dia terpaksa berkerja ,tetapi itu tidak sesekali menjejaskan pelajarannya. Malah dia merupakan pelajar paling cemerlang di universiti tersebut dan dia memegang jawatan esko tertinggi dalam Biro Keagamaan di situ. Dia cuma akan balik kerumah dua kali seminggu.Akan tetapi ,dia terpaksa menunggu van sapu untuk pulang kerumahnya.Walaupun jarak rumahnya tidak bergitu jauh dari rumahnya,namun bapanya tidak dapat mengambilnya kerana motosikal yang dipakai bapanya sudah lusuh,Kepulangannya disambut gembira oleh orang tuanya dan juga adik-beradiknya..Dia akan membawa buah tangan untuk keluarganya setiap kali dia balik.Dia dapat merasakan kegembiraan adik-adiknya apabila adiknya berlari mencapai barang yang dibawanya.Dan duit baki hasil kerjanya akan diberi kepada oarng tuanya.
Sunday, January 23, 2011
Saturday, January 8, 2011
Kekayaan yang sebenar
- Tiada harta tidak bererti miskin
- Orang yang banyak harta tidak semestinya kaya disisi Allah
- Orang yang kaya sebenarnya kaya dengan hati yang mulia
- Hanya kekayaan jiwa yang mampu memberi ketenangan hidup untuk menghadapi masalah
- Mereka yang berhati mulia Sentiasa bahagia biarpun tidak berharta
- Biarpun mereka berharta ,maka merekalah orang yang paling beruntung
- Orang mukmin yang sebenar adalah mereka yang melakukan kebajikan untuk kehidupan dunia dan akhirat
Monday, January 3, 2011
Rukun islam dan kesempurnaan akidah
- akidah adalah asas dalam kehidupan islam
- beriman bukan sahaja dibuktikan dengan hati dan kata-kata, tetapi perlu dibuktikan dengan perbuatan
- pokok ibadah itu adalah rukun islam itu sendiri
- apabila pokok itu terus dijaga ,maka nampak lah keindahan serta kesempurnanan insan tersebut.
- ia perlulah dilakukan atas dasar penghambaan dan ketaatan kepada Allah
Subscribe to:
Comments (Atom)